WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Thursday, December 10, 2009

ANAK DERHAKA YANG BERSUARA SEPERTI HIMAR

Diriwayatkan daripada 'Atha" Ibnu Yasar, ada sekumpulan kaum musafir yg sedang berjalan jauh. Maka apabila malam tiba, mereka pun berhenti di sebuah tmpt n brehat di sbuah padang serta memasang khemah utk brmalam di situ shgga keesokan harinya.

Oleh kerana terlampau letih dgn sbb brjalan jauh, mereka hanya mahu melelapkan mata shja di situ. Tiba2 mreka trdengar suara himar. Teriakan itu brlanjutan spanjang malam yg mana mmbuatkan mreka tidak dpt tidur shgga pagi.

Keesokan paginya, sekumpulan musafir itu menyiasat dari mana datangnya gangguan teriakan suara himar malam tadi. Setelah lama mencari akhirnya tempat dari arah suara itu dapat dikesan.

Di situ mereka menemui sebuah rumah yang dibina daripada bulu. Penghuni rumah itu ialah seorang perempuan tua yang sudah lanjut usianya. Mereka mendatangi rumah itu dgn mengetuk pintu. Apabila pintu dibuka muncullah perempuan tersebut di muka pintu.

Kata para musafir pada perempuan tua itu," Malam tadi kami diganggu oleh teriakan suara himar sehinggakan kami tidak dapat tidur. Setelah di siasat, kami dapati suara itu datangnya dari rumah ini. Tetapi di manakah himar itu?"

Kata perempuuan tua itu, " Teriakan himar itu sebenarnya adalah suara anakku".

Setelah mendengar kenyataan ini, para musafir itu mnjadi sgt hairan.....Lalu mereka bertanya. "Bagaimana ini blh terjadi?"

Jawab perempuan tua itu," Ini kerana masa hidupnya, dia memanggilku dengan panggilan "himar". Maka apabila dia hendak mmerintah aku supaya melakukan ssuatu,dia akan berkata: "Hai himar,pergi ke sana. Hai himar,mari ke sini". Oleh kerana perlakuannya yang demikian buruk terhadap aku, ibu kandungnya sendiri, maka aku berdoa pada Allah supaya kejahatannya itu dibalas setimpal dengan apa yang telah dilakukannya. Maka Allah memperkenankan doa hamba-hambanya yang teraniaya lebih2 lagi doa seorang ibu. Maka setelah kematiannya, akan kedengaranlah suaranya berteriak sebagaimana suara himar yang berlanjutan sepanjang malam sehingga subuh. Ini berlaku pada setiap malam".


Para musafir itu masing2 termenung sebentar memikirkan tentang peristiwa itu dan pembalasan yang sedang ditanggung oleh si anak yang derhaka itu di alam barzakh kini.

Kemudian mereka berkata: " Jika benar begitu,tunjukkkanlah kpd kami di mana letak kuburnya kerana kami ingin melihatnya".

Perempuan itu pun menghantar mereka ke kubur anaknya. Setelah sampai di kubur tersebut, perempuan tua itupun menyeru anaknya dengan panggilan 'himar'. Tiba2 para musafir itu melihat muncul dari dalam kuburnya sesuatu yang berupa seperti leher himar.

No comments:

Post a Comment