WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Lahir Yang Ke-19.....22 November 2010

Di pagi AidilAdha tahun ini,1431H yang jatuh pada tanggal 17 November 2010...same jua situasinya seperti tahun lepas. Usai aku menunaikan solat subuh di kamarku di rumah pakcikku di Hulu Langat, aku menerima panggilan dari abah... Air mata tak terbendung lagi saat mendengar butir bicara abah. Along memang nak sangat balik beraya di kampung namun apalah daya,tidak berkesempatan. Ummi jua menelefon. Sebak...teramat amat. Along amat merindui kalian di rumah. Maafkan along kerana tidak dapat beraya di kampung bersama kalian.



Sekali lagi...lagi & lagi...tahun ini...seperti jua tahun lepas...aku menyambut hari lahir di perantauan. Di kampus UIAM NILAI. Menyambut hari lahir yg ke 19 tanggal 22 November dengan menyedut udara & oksigen anugerah ALLAH di negeri orang. ALLAH...amatlah tidak menyeronokkan...tanpa Umi...tanpa Abah...tanpa angah... Ya Allah... Sebak sekali lgi mengisi ruang sanubari.


Buat kedua ibu bapaku Puan Wan Naimah Wan Ahmad & Encik Mohd Hatta bin Salleh...terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan along ke dunia ini. Along amat mencintai kalian berdua. Hanya doa & setulus ingatan dariku buat kalian berdua di rumah. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian berdua dalam penat lelah,mengerah perit & jerih membesarkan along sehingga menjadi along yang sekarang. Terima kasih Ummi...terima Kasih abah... Along berjanji,along akan belajar rajin2 & membalas segala jasa ummi & abah pada along walaupun along sedar tiada harta di dunia mampu membayar segala pengorbanan kalian berdua. Skurang2nya...along ingin menjadi seorang anak yang mengenang budi orang tuanya. Ya Allah...permudahanlah segala urusan dalam hidupku demi berbakti kpd agama,bangsa,negara & kedua ibu bapaku...ameen.


Selamat Hari Lahir Yang ke-19...Wan Siti NurFatimah Bt. Mohd Hatta.

Saturday, October 30, 2010

Bolehkah kita malas?



Alhamdulillah. Kali ini ada jua kesempatan ana untuk kembali mencoret sepatah dua kata di blog kesayangan ana ni. Kali ini ana ingin berkongsi sesuatu yang amat berguna utk semua umat islam xkira di mana jua antum berada. Perkara yang akan ana ketengahkan kali ini ialah berkaitan sifat MALAS. Seringkali kita sebagai manusia tidak dapat lari dari perasaan malas. Kan?

Pada hakikatnya seorang muslim tidak bole
h & tidak sepatutnya mempunyai perasaan ini. Perasaan MALAS merupakan punca KESEDIHAN. Mungkin bagi antum apa kaitannya MALAS & SEDIH kan? Baiklah. Ana akan berikan beberapa contoh mudah. Seandainya antum malas untk gosok gigi,bila gigi antum dh rosak @ sakit,antum akan rasa sedih kan? Contoh lain,andai antum malas utk study @ buat revision, antum akan berasa sedih bila antum gagal dlm pelajaran kan?



Berdasarkan apa yg termaktub di atas. Benarlah teori tersebut. Malas merupakan punca kesedihan. Jika antum tidak ingin berasa sedih,maknanya antum perlu menjauhi sifat malas. Sedangkan kita semua tahu bahawasanya kesedihan & kegelisahan bukanlah sifat org2 Islam bahkan 2 sifat ini dikhususkan kepada Kuffar Laknatullah. Sbb itulah setiap kali slps solat kita perlu membaca doa ini:.
"اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن " yg bermaksud "Wahai Tuhanku,aku berlindung kepadaMU dari kegelisahan & kesedihan".

Sebenarnya rasa sedih merupakan fitrah dlm diri setiap manusia. Namun kesedihan yg melampau sehingga menyalahkan Allah & takdir ketentuanNYA amat dilarang di dalam Islam. Sbb itulah apabila kita diuji dengan sesuatu yg tidak kita ingini, Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya membaca ayat ini." قدره الله ما شاء فعل" yg bermaksud: " Allah telah menetapkan apa yang diinginiNYA untuk berlaku". Andai hati kita sentiasa redha dengan apa jua ketentuanNYA,sudah pasti hati kita sentiasa tenang & bebas dari apa jua dendam & penyakit2 hati. Izan, perkara pertama yg perlu kita jauhi ialah MALAS. Jangan MALAS utk beribadat pada ALLAH atau kita akan bersedih di Akhirat kelak.=)

Wednesday, October 6, 2010

Apabila hati terasa sakit & terluka, apa perlu buat?

Assalamualaikum kpd semua pengunjung & teman2 blogger sekalian. Pertama tamanya ana ingin mmohon jutaan maaf dari semua kerana sudah lama tidak menulis. Sudah bersawang nampaknya blog ana ni. Hati ana sentiasa ada pada blog ana namun masa cukup mncemburui ana utk mghadap laptop n menulis kerana kekangn masa n tugas yang wajib di dahulukan. Di kesempatan kali ini, ana tidak bercadang utk mencoret kalam yang berjela. Cukuplah sekadar sdikit tazkirah buat kita semua dlm perjalanan n perjuangan hidup mengejar cita2 menjadi mukmin yg bhagia di sisi ALLAH TAALA.





Apa yang perlu kita lakukan apabila hati kita berasa terlalu sakit,terlalu terluka dek kerana musibah jua ujian yang datang menimpa, yang menerjah ke ruang sukma... Ada sesetengah orang mengatakan, bunuh diri lg bagus, terus mati, sakit kejap je masa bunuh diri tu... Betul x? Tapi itu sememangnya 1 akal yg salah krana dihantui oleh emosi n hasutan syaitan laknaTULLAH. So, apa yg perlu kita lakukan? Ya, apabila hati kita berasa sakit & terluka, ingatlah pada YANG MAHA MENYAKITKAN HATI, YANG MAHA MELUKAKAN HATI & YANG MAHA MMBERI HIDAYAH KE DALAM HATI. Kerana DIA lebih tau dan lebih 'Alim, mungkin hati yang disakiti n dilukai itu merupakan sebuah hati yang lembut & mudah kembali pada jalanNYA.


Jadi, La Tahzan. InnaLLAHA ma'ana. Dan ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang. "Ala bizikrillahi tatmainnul Qulub". Jadi, selamat beramal.=)


Saturday, June 12, 2010

7 Macam Pahala buat anak Adam.

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.



5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya , yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Saturday, June 5, 2010

LAKARAN KALAM UTAMA SETELAH LAMA MENYEPI...

Assalamualaikum smua follower blog ana n rakan2 skalian...alhamdulillah ana dpt kmbali menulis semula di blog kesayangan ana ini. Ana tau dh byk habuk,debu n sudah bersawang nmpknya blog ana stelah dibiarkan slama 4 bulan tanpa apa2 cerita n prkmbangan. Ana mmohon maaf kpd smua yg mengikuti prkembangan blg ana ini...

Kali ini ana ingin berkongsi cerita tentang PEMUDA YANG BERIBU & BERBAPAKAN BABI...Jom baca....=)




Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

The moral of the story is...kita sebagai anak perlulah sentiasa berbakti n berbuat baik kpd kdua ibu bapa kita n mendoakan kesejahteraan mereka apabila mreka telah meninggal dunia kelak. InsyaALLAH ALLAH akan tempatkan kita semua brsama para solihin n di kalangn org2 mukmin.=)

Tuesday, February 9, 2010

ANJING-ANJING NERAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Quran
• Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Jika tidak,nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Thursday, January 28, 2010

OPEN YOUR EYES


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves

Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..You created everything

We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..Alhamdulillah..


Allah menciptakan segala2nya di muka bumi ini...lirik lagu ini amat brtepatan utk mggambarkan btapa kita kerdil di hadapan ALLAH TAALA...betapa kita ini kecil,lemah n hina..kita tidak punya apa2.Namun seringkali kita dengar bhawa setiap apa yg kita miliki hari ini milik kita,milik kita sahaja.Kita tidak pula dengar org mngatakan bhawa barang kepunyaannya yg dibeli di kedai2 mrupakan pinjaman smentara dr ALLAH.Cuba kita renungkan seketika, Allah kurniakan kita segenap aspek nikmat n hadiah buat kita,tapi apa yg seringkali kita ingat? Hadiah yg diberi atau pemberi hadiah itu sendiri?? kita hidup di muka bumi ini dengan sebuah tujuan...utk menggapai mardhatillah....bila kite brgelar seorang hamba,brmakna seorang hamba itu mmpunyai kerja. Apakah kerja seorang hamba terhadap Robbnya? Ya...kerja seorg hamba ialah mghargai n mmakmurkan hadiah2 kurniaan ALLAH berupa nikmat yg tiada tolok bandingnya..Namun hari ini kita lihat betapa ramai hamba ALLAH yg tersasar tujuan hidupnya,tidak mnghargai nikmat kurniaan ALLAH pada jalan yg diredhai. Allah kurniakan pglihatan,namun mata n pglihatan itu digunakan utk mlihat perkara2 maksiat...ALLAH hadiahkan kita pancaindera yg amat sempurna namun seringkali kita alpa dngn nikmat ini n mggunakannya pd jalan yg tidak sepatutnya. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran mafhumnya: "Manusia yg tidak mnggunakan akal anugerah ALLAH pada jalan yg diredhai ssungguhnya lebih sesat dari binatang ternakan".

Renunglah seketika...lihat dr dasar hati yg paling dalam,darah yang mengalir di segenap urat sarafmu,mngalir laju ke setiap penjuru tubuh seperti sebuah mesin yg cukup sempurna. Lihat n renungkn setiap ciptaan ALLAH...pasti bibirmu akan terus basah dgn sebutan Subhanalah...Hatimu akam mmpunyai tautan yg erat terhadap ALLAH...Organ2 dlm tubuhmu pula akan mngucapkan Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...Segala puji bagi ALLAH yg mnciptakan setiap ssuatu...Alhamdulillah...

Friday, January 15, 2010

ORANG YANG SENTIASA RINDU KEPADA RASULULLAH


Pada zaman Rasulullah ada seorang hamba sahaya yg brnama Tsauban. Dia sgt sayang n cinta kepada Rasulullah. Setiap saat dia pasti ingin brtemu dgn Rasulullah. Jika dia tidak brtemu dgn Rasulullah,dia akan brasa dukacita n adakalanya dia mnangis. Rasulullah juga cukup sayang kepadanya.


Pada suatu hari dia datang brjumpa dgn Rasulullah, dia kelihatan sedih & murung. Apabila Rasulullah melihat keadaannya itu,lantas baginda pun brtanya: "Kenapa wajahmu nampak berlainan hari ini Tsauban?" tnya Rasulullah. "Wahai Rasulullah, aku tidak sakit,tetapi jika aku tidak dapat bertemu denganmu,hatiku berasa cukup sedih dan apabila aku berpeluang menemuimu,aku cukup gembira." Tsauban mnceritakan hasrat hatinya kepda Rasulullah. " Bila aku ingat pada akhirat,hati aku brasa trlalu cemas & takut kalau2 aku tidak dapat bertemu denganmu lagi. Sebab engkau akan duduk di tempat yang paling tggi di samping para anbiya' yang lain. Manakala aku, jika masuk syurga pun pastinya tempatku di bawah sana. Apa lagi jika aku bukanlah di kalangan ahli syurga,sudah pasti aku tidak dapat menemuimu lagi wahai Rasulullah."


Rasulullah hanya terdiam mendengar rintihan Tsauban itu,tetapi baginda tidak dapat berbuat apa2 krana soal akhirat adalah urusan Allah Taala. Kerana Allah sahajalah yang ahu di mana tempat seseorang itu di akhirat kelak.


Akhirnya turunlah firman Alah kepada Rasulullah yang brmaksud: " Barangsiapa yang taat kepada Allah & Rasulullah maka mereka nanti berserta orang2 yang diberi nikmat Allah,iaitu para nabi n Rasul,orang2 yang mmbenarkan agama Allah,orang2 mursyid,orang2 soleh & orang2 yang sebaik2 teman."


Berdasarkan ayat tersebut,banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Tsauban adalah contoh teladan yang baik di ikuti oleh smua manusia yang mngaku dirinya muslim. Ini kerana orang yang taat & cintakan Allah & Rasulullah akan djamin tempat kembali yang baik di akhirat kelak.Smoga kita semua termasuk dalam golongan tersebut...Ameen...



Wednesday, January 13, 2010

SUDAHKAH KITA HADIAHKAN SESUATU BUAT RASULULLAH HARI INI?


Dalam 1 hadis Rasulullah SAW,baginda pernah bersabda yang bermaksud."Aku pernah berdialog dengan 3 orang malaikat iaitu Jibril,Israfil n Izrail. Jibril berkata kepadaku,andai ada di kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu sekurang2nya 10x sehari,akan ku pimpin tangannya merentasi titian Siratol Mustaqim sepantas kilat. Maka berkata pula Israfil,andai ada di kalangan umatmu yang berselawat kepadamu sekurang2nya 10x shari,akan ku tunduk dihadapan Allah Taala,dan aku tidak akan berganjak dari situ sehingga ALLAH mengampunkan org itu. Berkata pula Izrail,andai ada di kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu sekurang2nya 10x shari,akan ku cabut nyawanya di saat Sakaratul Maut dengan selembut2nya seperti aku mencabut nyawa para anbiya'."


Wahai teman2ku sekalian...cuba kita lihat,dalam seharian hidup kita,kita byk melontarkan kata2 yang kadangkala langsung tidak berfaedah. Bila kita renung kembali hadis di ats,mengapa kita sia2kan masa sharian hidup kita dgn brckp perkara yg tidak mndatangkn hasil. Lihat,para malaikat telah mengeluarkan kenyataan n janji masing2 terhadap umat Rasulullah yang berselawat ke atas baginda sekurang2nya 10x shari. Semua itu kata2 para malaikat yg mulia. Jadi jgnlah kita lpskan peluang keemasan ini,sbb bknnye susah pn kan...=)... Jom kita mula istiqomah dlm mnghadiahkan selawat kpd Rasulullah SAW,Rasul Junjungan kita,Kekasih ALLAH jua Qudwah Hasanah bg setiap insan...=)

Monday, January 11, 2010

JIKA A=1%

Ha...apa khabar teman2ku blogger skalian...trutamanya mira n aisyah yg slalu mnantikan update trbaru blog Medulla Oblongata ni...ok...kali ni aku nk brcerita sikit ttg kunci sebuah kjayaan.Pada pendapat kalian,apakah rahsia kjayaan seseorang manusia itu? Adakah krana wang ringgit? Ada juga yg mngatakan beliau brjya krana adanya cinta...ok mari sama2 kita lihat,apakah prkara yg paling pnting utk mnempa sebuah kejayaan dlm hidup ni....ok


Jom sama2 kita kira...
Jika.....

A=1%
B=2%
C=3%
D=4%
E=5%
F=6%
G=7%
H=8%
I=9%
J=10%
K=11%
L=12%
M=13%
N=14%
O=15%
P=16%
Q=17%
R=18%
S=19%
T=20%
U=21%
V=22%
W=23%
X=24%
Y=25%
Z=26%
Baiklah...sekarang kita sama2 terokai sebab2 n faktor sesebuah kjayaan..ada yang mngatakan sbb cinta=LOVE...nasib=LUCK...pengetahuan=KNOWLEDGE...kerja keras=HARD WORK...duit=MONEY...dan juga kepimpinan=LEADERSHIP...

Ok...mari kita tambah nilai huruf2 yang mmbentuk perkataan bahasa inggeris di atas...

L+O+V+E
12+15+22+5 =54%

L+U+C+K
12+21+3+11 = 47%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 71%

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+9+16 = 89%

Sekarang kita rankingkn peratusan perkataan yg dh kita tmbh sbntr td...

1-HARDWORK = 98%
2-KNOWLEDGE = 96%
3-LEADERSHIP = 89%
4-MONEY = 71%
5-LOVE = 54%
6-LUCK = 47%

Jadi sekarang dapat kita lihat...kesemua faktor di atas tidak mmbawa kpd nilai 100% kan?

Dengan kerja keras,blm tentu seseorang dpt mnempa kjayaan...bgitu juga dengan ilmu pngetahuan...wlupun ada ilmu pengetahuan,itu msih blm cukup utk mnempa kjayaan yg cemerlang...dan di ranking yg paling akhir iaitu nasib...Seseorg hnya brharap pd nasib tidak akan ke mana2 dgn peratusan sbyk 47% itu...

Emm...apa sebenarnya kunci sebuah kjayaan ni?... Ya benar skali...Sikap merupakan kunci kjayaan...Sikap=ATTITUDE..Jom kita sama2 tambah peratusannya...

A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Jadi...sikap seseorang akan menentukan kjayaannya...sikap di sini mrujuk kpada perilaku n akhlak...juga semangat n kerajinan...jika seseorang mmpunyai sikap yg mulia,sentiasa mnjaga hubungan dengan ALLAH,dan hubungan dgn maklukNYA,berusaha gigih n sbgainye insyaALLAH kjyaan akan mnjadi miliknya di dunia n akhirat...

Jadi...pastikan ATTITUDEmu cemerlang utk sebuah kecemerlangan...Selamat beramal...=)

PERMULAAN 2010

Assalamualaikum wbt...lame sudah aku xupdate blog ksayangan ku ini...sudah bersawang nampaknya...he...teman2 sudah mula brtanya,ke mane perginya masa2 senggangku utkku update blog ini...alhamdulillah...kali ini aku brpeluang juga utk update blog Medulla Oblongata yg kdg2 nth ape2 ni...

Kali ni aku nak brcerita ttg rehlahku ke TAMAN RIMBA AMPANG JAYA,KUALA LUMPUR brsama family pakcikku pada 2 Januari lepas. Aku mnyambut kehadiran tahun baru 2010 di rumah pakcikku di Taman Greenwood,Gombak. Hanisah juga ikut sama... Aku bertolak dr UIAM NILAI pada petang 31 Disember 2009. Aku mnunggu teksi utk ke KTM NILAI sjk pkul 4.30 ptg lg. Namun, stiap nmbor telefon teksi yg ku hubungi,smuanya penuh...dh ade org booking...aduh...penat mcm ni...akhirnya,aku mnaiki teksi kwn pak Endang pd jam 6.15 ptg setelah pnt menungggu...di KTM NILAI,orang ramai penuh sesak...komuter tiba jam 6.48. Penuh sesak di dalam komuter... Byk sgt dugaanku hari itu...aku seakan xblh brnafas d dalam komuter,xcukup oksigen... Allah je tau ms 2...mcm nk mnjerit je...peluh dari hujung kpala hgga ke hujung kaki mrembes laju tanpa henti...aduh....

suasana sesak di dalam komuter...


Ramainye org....

Di pintu masuk...org mmg xterkira byknye...=)

Bayangkanlah, dr KTM NILAI ke KTM KL SENTRAL aku xduduk sesaat pn...mcmne nk duduk,org penuh sesak mcm 2...Dlm kesesakan 2,aku brpeluang juga snap gmbr2 kt atas 2. Nk gmbrkn mcmne sesaknye dlm komuter ari 2... Sehinggakan Hanisah terduduk di atas pak arab smasa komuter di brek...aduh...kesian...Yg kelakarnye,dia ckp ana mutaassifah prlhn je kt telinga aku...hehe... malu la 2... Aku tiba di KTM KL SENTRAL pd jam 7;50 mlm.Aku n hanisah solat maghrib di surau KL SENTRAL. Pd jam 8.30 mlm,aku mnaiki komuter utk ke KTM SENTUL pula. Pkcikku akan mnjemptku di situ. Aku masih mampu trsenyum wlupun kpenatan yg amat sgt...=)

Tiba di KTM SENTUL jam 9.30 mlm,aku n hanisah sabar mnunggu ketibaan pakcikku. Namun setiap kali aku menefonnya,tidak pula dijawab...Risau ni...Mlm dh smakin merangkak ke jarum jam 10 ms 2... Pkul 10.15 mlm aku masih gagal mnghubungi pakcikku. Hati dh mula risau...yela,hanya aku n hanisah prmpuan yg ade kt situ. Aku menefon ummiku di rumah utk mngadukan hal ini. Aku mminta nbor tlefon makcikku dr ummi. Akhirnya aku brjaya mghubungi mkcik,alhamdulillah. Pkul 10.50 mlm makcik sampai n mnjemput kami berdua...

Keesokan harinya,aku hanya mghabiskan ms di rumah makcik. Pada 2 Januari,kami berkelah di TAMAN RIMBA AMPANG JAYA...best sgt2...air terjun kt situ sejuk...ini gmbr2 knangn aku di sana...

Mkn epal sorg2...


Duduk2 je...=)


Just wait n see...

Aku pulang ke UIAM NILAI pd 3 Januari...Family pakcik antar aku n hanisah balik kmpus...Aku mmulakan tahun 2010 dgn kenangan yg xmgkin dpt ku lupakan...=)