WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Monday, March 19, 2012

Hamba Kepada Ibunya... Uwais Al-Qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.

Gambar Hiasan: Anak yang soleh yang boleh menyejukkan mata-mata yang memandang

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Saturday, March 17, 2012

Mnjawab persoalan2 kalian


Adik aku yg belajar Diploma pengajian islam (sejarah & tamadun) kt Unisza slalu brtanya aku ttg pembahagian masa secara efektif. Teman2 sekelas & seangakatan dgn aku pn ade yg brtanya mcmna aku bahagikan masa aku bljr,brprsatuan,mngajar kwn2 dan sbagainya. Aku tidaklah bgitu gah seperti yg diperkatakan oleh kbanyakan orang. Aku ini insan biasa yg pnuh dgn kelemahan cuma aku sntiasa cuba, cuba dan trus mncuba utk trus mncari ksmpurnaan dlm hidup. Di sini aku ingin kongsikan tip2 kcmrlangan belajar brsama kalian...berdasarkan pngalaman diri aku sndiri. Smoga ada manfaat utk semua...



1. Asingkan masalah peribadi dgn pelajaran,jgn dicampur adukkan. Peribadi lain, pmbelajaran lain. Jika dicampurkan mnjadi nasi kerabu,alamatnya birulah warnanya...=)

2. Belajar scra "smart", bukan "hard". Kena pndai tackle soalan dan tackle hati pnsyarah dgn jawapan kita dalam peperiksaan, give the best answer as good as we can.

3. Minta ibu kandung mndoakan kita stiap hari, jgn derhakainya. Brbuat baik kpada kedua org tua. Doa ibu adalah doa yg paling mustajab tnpa hijab. Trus Allah makbulkn brbanding dgn doa sndiri. Jgn malu mminta ibu mndoakan kita.

4. Makan makanan yg sihat. Minum madu,jus Tok Guru yg baik utk minda, badam, kurma. Makan stiap hari. Ingatan akn kuat & jauh daripada malas. Jgn makan mknn yg masam trutamanya asam masin krana mlemahkan daya pmikiran anda.

5. Bantu kwn2 yg mmrlukan bantuan kita dlm pljrn. Skali kita tolong org, bribu2 kali bntuan Allah dtg kpd kita, In sha Allah.

6. Jaga hubungan dgn Allah, ibu bapa, kwn2, pnsyarah2 dan org2 skliling kita.

7. Kena ada ulangkaji yg brterusan,jgn blajar di minit2 trakhir sblm pperiksaan.

8. Akhir skali... Doa yg brterusan. Buat solat hajat & solat istikharah. Solat istikharah tu bkn utk mntk ptnjuk jodoh je tau. Tapi ditunaikan juga utk mminta ptunjuk dr Allah smoga stiap kputusan yg kita buat dlm hidup kita mrupakan kputusan yg trbaik.

Jadi....study smart & slmt bramal...=)

Novel cinta khayalan vs novel cinta islamik


Aku dah lama xbc novel sejak masuk universiti. Ksibukan tugasan di fakulti, assignments & pembentangan mmbuatkan aku xpunyai masa trluang utk mmbaca novel2 tebal mncecah ratusan muka surat. Tp semalam aku trgerak hati ingin mmbaca sbuah novel cinta yang di pinjam dari seorang rakan. Tajuk novel itu mmg hebat,tajuk novel yang mnjelaskn isi kandungn novel itu yang berunsurkan cinta. Aku baca n mengkaji isi novel tersebut. Aku mula mmbandingkannya dgn novel2 berunsur cinta islamik yang pernah aku baca sblm ni. Novel cinta itu jelas sekali tidak dapat mmbangunkn jiwa aku. Watak utama yang membesarkan prmasalahn furu' mngalahkan mslh raisi. Mksudnya prkara yang wajib & sunat xdpt dibezakan. Bagus ketika hndk mkn, dimulai dgn doa makan ttpi tidak brtudung. Bagus mmakai baju kurung pada hari Jumaat tetapi tidak mnutup kepala. Bagus mnjaga diri sbagai seorg isteri ttpi tetap berjabat tangan dgn lelaki ajnabi. Byk pro n kontranya.



Hakikatnya… Novel boleh di samakan dengan filem atau drama,seharusnya ada nilai2 positif yang boleh diserap ke dalam jiwa. Bkn skdr dibaca sebagai bahan khayalan semata. Aku mula teringat saat aku mula berjinak2 membaca novel…ketika itu aku di bangku sekolah menengah. Novel yang ku pinjam daripada bapa saudaraku yg ketika itu baru pulang dari Universiti Al-Azhar, Mesir. 2 buah novel. Lakaran Sahrawi & Maria. Subhanallah,hanya itu yang mmpu aku ucapkan,satu2nya perkataan yg kluar dr bibir aku. Novel yang sangat baik & mninggalkan kesan mendalam dalam lubuk sanubari aku. Menyedarkan aku dr lamunan & khayalan sementara. Novel yang mengajar aku erti mnjadi seorang muslim & membuka mataku seluasnya ttg hakikat diri sebagai penganut agama Islam, satu2nya agama yang diredhai Allah ini. Aku sedar diri aku seorang muslim namun kadangkala kewajipan aku utk memperjuang & memartabatkan agama yang ku anuti ini seringkali pudar dikaburi keindahan duniawi. Aku sedar aku perlu bangkit dari lamunan. Pembacaan novel yang baik yang dpt mmbangunkan jiwa sgt penting sbagai penerapan nilai2 positif & nilai2 islamik buat diri. Jadi, pilih & bacalah n ovel yang mmpu mengarahkn dirimu ke syurga...=)