WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Saturday, March 17, 2012

Novel cinta khayalan vs novel cinta islamik


Aku dah lama xbc novel sejak masuk universiti. Ksibukan tugasan di fakulti, assignments & pembentangan mmbuatkan aku xpunyai masa trluang utk mmbaca novel2 tebal mncecah ratusan muka surat. Tp semalam aku trgerak hati ingin mmbaca sbuah novel cinta yang di pinjam dari seorang rakan. Tajuk novel itu mmg hebat,tajuk novel yang mnjelaskn isi kandungn novel itu yang berunsurkan cinta. Aku baca n mengkaji isi novel tersebut. Aku mula mmbandingkannya dgn novel2 berunsur cinta islamik yang pernah aku baca sblm ni. Novel cinta itu jelas sekali tidak dapat mmbangunkn jiwa aku. Watak utama yang membesarkan prmasalahn furu' mngalahkan mslh raisi. Mksudnya prkara yang wajib & sunat xdpt dibezakan. Bagus ketika hndk mkn, dimulai dgn doa makan ttpi tidak brtudung. Bagus mmakai baju kurung pada hari Jumaat tetapi tidak mnutup kepala. Bagus mnjaga diri sbagai seorg isteri ttpi tetap berjabat tangan dgn lelaki ajnabi. Byk pro n kontranya.



Hakikatnya… Novel boleh di samakan dengan filem atau drama,seharusnya ada nilai2 positif yang boleh diserap ke dalam jiwa. Bkn skdr dibaca sebagai bahan khayalan semata. Aku mula teringat saat aku mula berjinak2 membaca novel…ketika itu aku di bangku sekolah menengah. Novel yang ku pinjam daripada bapa saudaraku yg ketika itu baru pulang dari Universiti Al-Azhar, Mesir. 2 buah novel. Lakaran Sahrawi & Maria. Subhanallah,hanya itu yang mmpu aku ucapkan,satu2nya perkataan yg kluar dr bibir aku. Novel yang sangat baik & mninggalkan kesan mendalam dalam lubuk sanubari aku. Menyedarkan aku dr lamunan & khayalan sementara. Novel yang mengajar aku erti mnjadi seorang muslim & membuka mataku seluasnya ttg hakikat diri sebagai penganut agama Islam, satu2nya agama yang diredhai Allah ini. Aku sedar diri aku seorang muslim namun kadangkala kewajipan aku utk memperjuang & memartabatkan agama yang ku anuti ini seringkali pudar dikaburi keindahan duniawi. Aku sedar aku perlu bangkit dari lamunan. Pembacaan novel yang baik yang dpt mmbangunkan jiwa sgt penting sbagai penerapan nilai2 positif & nilai2 islamik buat diri. Jadi, pilih & bacalah n ovel yang mmpu mengarahkn dirimu ke syurga...=)

No comments:

Post a Comment