WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Tuesday, December 8, 2009

KISAH NABI MUSA A.S DENGAN PENJUAL DAGING


Dikisahkan bahawa Nabi Musa A. S telah berkata: " Ya ALLAH Ya tuhanku,tunjukkanlah kepadaku orang yang akan menemaniku di dalam syurga".

Kemudian ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, pergilah kamu ke negeri ini dan pasar ini, di situ kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki penjual daging yang wajahnya seperti demikian, maka dia itulh temanmu di syurga kelak".

Setelah itu Nabi Musa A.S pun pergilah ke sebuah gerai yang ditunjukkan kepadanya,maka berdirilah Nabi Musa A.S di situ sehingga matahari terbenam. Nabi Musa memerhatikan penjual daging tersebut, dilihatnya penjual daging itu memasukkan sepotong daging ke dalam bakul dan apabila penjual daging hendak pulang maka Nabi Musa A.S bertanya: "Wahai saudara, apakah saudara ada tetamu? Lalu jawab penjual daging tersebut: "Ya, saya ada tetamu".

Nabi Musa A.S pun mengikuti penjual daging itu sehingga sampai ke rumahnya, Nabi Musa A.S memerhatikan penjual daging yang sedang sibuk memasak kari daging. Masakan penjual daging tersebut sungguh enak.

Setelah selesai memasak maka penjual daging itu pun mengeluarkan sebuah bakul yang mana di dalam bakul tersebut terdapat seorang perempuan tua, yang sudah tua benar dan sangat lemah seperti anak burung yang baru lahir. Penjual daging itu pun mengeluarkan perempuan tua itu sambil menjunjungnya dan memasukkan makanan ke dalam mulut perempuan tua tersebut sehingga dia merasa kenyang.

Kemudian penjual daging itu mencuci kain baju perempuan itu lalu dijemurnya dan dipakaikan perempuan itu pakaian yang lain. Setelah itu penjual daging itu pun memasukkan kembali perempuan tua itu ke dalam bakul tadi. Perempuan tua itu menggerakkan bibirnya dan Nabi Musa A.S dapat memahami kata2 wanita itu.


Nabi Musa A.S berkata: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa wanita itu berkata: "Allahummaj 'al ibnii jaliisa Musa fil jannah". Yang bermaksud: " Ya Allah jadikanlah anakku ini teman bagi Musa A.S di dalam syurga".

Setelah memasukkan perempuan itu ke dalam bakul,maka penjual daging itu mengangkat perempuan tua itu dan meletakkannya pada sebatang kayu.Melihat akan hal demikian maka Nabi Musa A.S pun berkata: "Wahai saudaraku,apakah yang telah kamu lakukan itu?".

Kemudian penjual daging itu berkata:" Perempuan tua ini adalah ibuku, dia terlalu lemah dan tidak boleh duduk".

Berkata Musa A.S: " Engkau berbahagia, aku ini adalah Nabi Musa dan engkau adalah orang yang akan menjadi temanku d syurga,semoga Allah Taala mempermudahkan pertemuan kita di syurga dengan sebab kemuliaan Asma'NYA yang indah dan sebab kemulianNYA manusia yang paling mulia ( Muhammad S.A.W)




Berbakti kepada kedua orang tua adalah salah satu yang sangat2 disukai oleh Allah dan RasulNYA. Oleh itu kita wajib mengenang jasa kedua orang tua kita....cuba kita ingat kembali bagaimana mereka bersusah payah membersihkan tahi kita,membersihkan diri kita dari kotoran,bagaimana mereka sanggup menahan lapar untuk mengenyangkan perut kita,bagaimana mereka sanggup berjaga malam untuk menyusui kita,bagaimana mereka bersedih apabila kita demam atau sebaliknya...

Apabila kita telah besar dan mereka telah tua kita rasa jijik untuk mencuci mereka setelah berak, dan merasa susah untuk menjaga mereka. Kalaulah sewaktu kecil kedua orang tua kita juga berfikir sama seperti kita pada hari ini,maka mudah sahaja mereka mmbunuh kita sejak di dalam kandungan lagi dan maka jawabnya kita tidak dapat melihat dunia ini. Jangan kita amalkan sikap2 sebegini,peliharalah kedua orang tua kita sebaik mungkin kerana esok akan tiba giliran kita, yang mana anak2 kita pula akan mlakukannya seperti mana apa yang telah kita kerjakan.

No comments:

Post a Comment