WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Monday, November 23, 2009

KU KONGSIKAN...=)

Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.
Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah..

Kepentingan Masjidil Haram

Kiblat

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,
"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Diharamkan Untuk Menumpahkan Darah
Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Tuhan,
"janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)

Haji
Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu
Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.
Sa'i. Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.


No comments:

Post a Comment