WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA

WAN SITI NURFATIMAH MOHD HATTA
SENYUM...

-Salamullahi alaik-

Friday, January 15, 2010

ORANG YANG SENTIASA RINDU KEPADA RASULULLAH


Pada zaman Rasulullah ada seorang hamba sahaya yg brnama Tsauban. Dia sgt sayang n cinta kepada Rasulullah. Setiap saat dia pasti ingin brtemu dgn Rasulullah. Jika dia tidak brtemu dgn Rasulullah,dia akan brasa dukacita n adakalanya dia mnangis. Rasulullah juga cukup sayang kepadanya.


Pada suatu hari dia datang brjumpa dgn Rasulullah, dia kelihatan sedih & murung. Apabila Rasulullah melihat keadaannya itu,lantas baginda pun brtanya: "Kenapa wajahmu nampak berlainan hari ini Tsauban?" tnya Rasulullah. "Wahai Rasulullah, aku tidak sakit,tetapi jika aku tidak dapat bertemu denganmu,hatiku berasa cukup sedih dan apabila aku berpeluang menemuimu,aku cukup gembira." Tsauban mnceritakan hasrat hatinya kepda Rasulullah. " Bila aku ingat pada akhirat,hati aku brasa trlalu cemas & takut kalau2 aku tidak dapat bertemu denganmu lagi. Sebab engkau akan duduk di tempat yang paling tggi di samping para anbiya' yang lain. Manakala aku, jika masuk syurga pun pastinya tempatku di bawah sana. Apa lagi jika aku bukanlah di kalangan ahli syurga,sudah pasti aku tidak dapat menemuimu lagi wahai Rasulullah."


Rasulullah hanya terdiam mendengar rintihan Tsauban itu,tetapi baginda tidak dapat berbuat apa2 krana soal akhirat adalah urusan Allah Taala. Kerana Allah sahajalah yang ahu di mana tempat seseorang itu di akhirat kelak.


Akhirnya turunlah firman Alah kepada Rasulullah yang brmaksud: " Barangsiapa yang taat kepada Allah & Rasulullah maka mereka nanti berserta orang2 yang diberi nikmat Allah,iaitu para nabi n Rasul,orang2 yang mmbenarkan agama Allah,orang2 mursyid,orang2 soleh & orang2 yang sebaik2 teman."


Berdasarkan ayat tersebut,banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Tsauban adalah contoh teladan yang baik di ikuti oleh smua manusia yang mngaku dirinya muslim. Ini kerana orang yang taat & cintakan Allah & Rasulullah akan djamin tempat kembali yang baik di akhirat kelak.Smoga kita semua termasuk dalam golongan tersebut...Ameen...



No comments:

Post a Comment